APA KHASIAT BIJI APRIKOT?

“Biji aprikot boleh dimakan??”, pernyataan sebegini biasa didengari pada masa kini. Oleh kerana masih ramai lagi yang tidak tahu akan betapa hebatnya khasiat biji buah aprikot ini, saya ingin berkongsi pengetahuan mengenai aprikot.
.
Seperti yang anda tahu, buah aprikot merupakan sejenis buah-buahan yang unik. Bukan sahaja isinya yang manis boleh digunakan di dalam pelbagai jenis masakan, malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Menurut kajian, biji aprikot mengandungi sejenis vitamin yang dikenali sebagai VITAMIN B17 dimana vitamin ini mencegah kanser dan merawat pelbagai penyakit.
.
Berdasarkan kepada buku “World without Cancer”, biji aprikot mentah mengandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi jika dibandingkan dengan biji-biji buah yang lain. Biji epal adalah yang kedua tertinggi. Apabila anda makan sebiji epal, makanlah kesemuanya, bijinya dan lain-lain. Anda mungkin pernah mendengar kata-kata ini, “sebiji epal dalam sehari dapat hindarkan diri anda dari doktor”. Ianya termasuklah bijinya. Sebaliknya, kita diberitahu sepanjang hidup kita untuk tidak memakan bijinya yang mana sangat bertentangan dengan apa yang diperlukan oleh tubuh kita.
.
Terlalu banyak khasiat biji aprikot ini untuk kesihatan badan. Selain KANSER, khasiat biji ini juga untuk pesakit yang mengidap tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan atherosclerosis (punca kepada sakit jantung & strok!).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *