TAHU TAK ? KENAPA HERBALISTA JADIKAN HABBATUSSAUDA SEBAGAI SALAH SATU RAMAUAN JUS KESIHATAN ?

Hadis Nabi saw menjelaskan bahawa Habbatus Sauda adalah ubat segala penyakit kecuali mati. Apakah bahan-bahan yang terkandung dalam habbatus sauda yang boleh menjadi ubat untuk bermacam jenis penyakit? Setakat ini 100 elemen yang telah ditemui oleh saintis berupa bahan aktif dalam bentuk mineral dan vitamin. Masih banyak kajian diteruskan dan semakin banyak bahan aktif yang ditemui. Jika manusia mencipta ubat, amat mustahil para saintis dapat mencipta beratus kandungan mineral, vitamin dan enzim dalam sebutir tablet seperti mana kandungan yang Allah ciptakan dalam sebutir habbatussauda sebesar biji sawi.

APA YANG MAMPU DIBUAT OLEH MINERAL, VITAMIN DAN ENZIM DALAM HABBATUS SAUDA?

Banyak sebenarnya. Ia meningkatkan fungsi kekebalan tubuh terhadap penyakit sekali gus mencegah tubuh diserangi penyakit. Ia juga merangsang sumsum tulang dan sel yang perlu untuk sistem kekebalan tubuh. Dalam erti kata lain ia turut melindungi sel biasa untuk melawan VIRUS dan juga sel ketumbuhan atau apa yang dikenali sebagai SEL TUMOR. Dengan meningkat fungsi sistem kekebalan tubuh, Habbatussauda berperanan penting dalam pengekalan sistem imunisasi badan. Sistem imun yang kuat adalah pertahanan bagi segala penyakit memasuki badan kita.

Habbatussauda bertindak juga sebagai antibiotik. Dengan itu mampu menjadi pemusnah virus yang membawa penyakit seperti cirit –birit , dycentry, radang paru-paru, kolera, penyakit kulit termasuk kudis dan bisul. Mampu bertindak sebagai anti alahan dan menjadi bahan anti lelah atau penyakit asma. Ia boleh menurunkan kadar kandungan gula dalam tubuh bagi pengidap penyakit diabetis atau kencing manis.

Di samping itu Habbatussauda juga mampu menurunkan kadar kolestrol, meningkatkan daya ingatan, konsentrasi serta kecerdasan otak kerana mempunyai kandungan bahan aktif yang merangsang pertumbuhan sel-sel neoron otak dan memperbaiki peraliran darah ke otak.

BAGAIMANA HABBATUSSAUDA BERTINDAK SEGALA PENAYKIT?

Konsepnya dalam kesihatan, jika kita mampu membina benteng diri yang kuat, apa-apa virus dan bakteria tidak mampu menggugat kita. Sebagai contoh dalam ketenteraan, jika kita ada battalion tentera pertahanan yang kuat lengkap kecanggihan teknologi peralatan perang, ilmu peperangan, askar yang ramai dan kuat dari segi fizikal dan kerohanian, maka musuh tidak mudah menyerang kita.

Begitu juga jika kita mempunyai benteng imunisasi badan yang kuat, maka virus dan bakteria tidak mudah menyerang kita untuk kita jatuh sakit. Selagi kita ada kekuatan diri Insya Allah kita sukar.jatuh sakit. Semua kekuatan perlu dibina. Ia tidak datang sendiri. Kitalah yang mencipta kesihatan. Kita perlu yakin bahawa habbatussauda dan madu itulah sebenarnya kunci kesihatan. Jangan anggap ia sebagai penawar yang leceh. Jika ia datang dari Allah pasti ada pasti ada ilmu yang tak akan habis diterokai.

Dengan adanya komponen komponennya dalam habbatussauda, ianya akan bertindak mengeluarkan penyakit yang bersifat medical, menenangkan tubuh supaya beristirahat, menyedia atau melengkapkan pembaikan sel dalam tubuh. Semua inilah sudah lengkap meliputi konsep ubat dalam membina sistem pertahan tubuh badan melawan penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *