5 RAHSIA MEMULAKAN PERNIAGAAN CARA RICHARD BRONSON

Assalamualaikum & salam sejahtera 😃

5 rahsia memulakan perniagaan cara Richard Branson:

1. Jika tidak suka jangan buat!

– Buat apa yang kita suka dan kita akan lebih mudah untuk mencapai kejayaan. Tahap fokus semakin tinggi kerana kita akan ‘menjiwai’ setiap apa yang kita lakukan.

2. Cipta ‘kelainan’.

– Fikir di luar kotak dan lakukan sampai habis. Ilmu yang luar biasa akan melahirkan keputusan yang luar biasa.

3. Pasukan.

– Bisnes akan ‘kosong’ jika tiada pasukan atau team di dalam nya. Team kita adalah ASET bisnes kita. Bagaimana kita melatih team atau pasukan akan menentukan pendapatan kita.

4. Mendengar.

– Leader yang hebat akan membenarkan telinganya mendengar kritikan orang lain. Tiada siapa dapat menilai diri kita kecuali orang yang melihat kita. Dengar, ambil tahu, perbetulkan diri dan teruskan melangkah.

5. Menonjol.

– Orang tidak akan tahu kewujudan diri kita jika sentiasa menyorok di bawah meja buat selamanya. Serlahkan diri kita dengan penuh keyakinan kerana kita adalah ‘bisnes’ kita.

#KuasaiSistemEzybisnes
#Herbalista

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *